PENGERTIAN DADAH

PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.        Opait
2.        Perangsang (stimulants)
3.        Penekanan (Depressants)
4.        Hallucinogen
5.        Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
1.        Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2.        Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3.        Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4.        Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5.        Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6.        Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7.        Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8.        Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9.        Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10.     Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11.     Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
12.     Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
13.     Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
DADAH YANG TERKENAL DI SABAH
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
a.        ICE
b.        GLASS
c.        CRACK METH
d.        HIROPONG
e.        BATU (STONES)
Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
2. LATAR BELAKANG
2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
4.3.1    Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2    Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3    Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.

4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2.
Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
a.        Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
b.        Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
c.        Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
d.        Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
a.        Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
b.        Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
c.        Keracunan pada sistem saraf tunjang;
d.        Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
e.        Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
f.         Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.

0 Responses

Post a Comment

  • SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PPDa DUNIA INFORMASI ANDA

    SAMA-SAMALAH KITA MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN MEMBERIKAN MAKLUMAT UNTUK MEMBENTERAS NAJIS DADAH.HANTARKAN MAKLUMAT APA SAHAJA TENTANG NAJIS DADAH KE EMAIL BLOG INI.TERIMA KASIH.

    JAWATANKUASA INDUK PPDa SMKSJ

    Penasihat : Puan Jawahir Alias

    Pengerusi : Puan Hajjah Zainon

    Tim.pengeruri : Puan Hajjah Farihah

    Setiausaha : Pn Zaiton

    Penolong s/u : Pn Marzuki {SLAD}

    AJK : Pn Masitah (SLAD)

    : Pn Siow Geok Chee (anti dadah)

    : Pn Rapidah (anti dadah)

    : Pn Zakiah (anti dadah)

    : Kaunselor

    Puan Nor Indah

    Pn Chew

    En Mustafa

    En Prumal

    BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


    BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

    (BILIK PPDA)


    TEMA

    “ BERTINDAK BERSAMA MEMBENTERAS DADAH”
    “ SEKOLAH BEBAS DADAH”


    PENGENALAN:

    Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) diujudkan sebagai Pusat Akses Maklumat

    Pendidikan Pencegahan Dadah yang lengkap kepada murid-murid ,guru,ibu bapa dan komuniti setempat bagi meningkatkan lagi pengetahuan murid khususnya dan masyarakat amnya tentang bahaya penggunaan Dadah, Arak, Rokok, Inhalan dan juga gejala social lainnya. Ia juga merupakan pusat Operasi Gerakan kepada Jawatankuasa PPDA disesebuah sekolah melalui 4 strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.


    RASIONAL

    Sebagai pemangkin bagi pihak sekolah menyebarkan maklumat PPDA secara interaktif ,sistematik dan efaktif. Dengankata lain, dapat memberikan pendidikan pencegahan awalan.


    MATLAMAT

    Diujudkan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membenteras penggunaan dadah

    ke arah merealisasikan hasrat melahirkan

    “ sekolah Bebas Dadah”


    OBJEKTIF

    - Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPDA di kalangan murid secara lebih

    Sistematik dan berkesan

    - Menjadikan bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan Program PPDA

    di sekolah

    - Menjadikan tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karektor

    Murid cemerlamg.

    LOGO ADK

    LOGO ADK

    BELIA BENCI DADAH

    BELIA BENCI DADAH

    LOGO PEMADAM

    LOGO PEMADAM

    GANJA

    GANJA
    BAHAYA....

    HALUSINOGEN

    HALUSINOGEN
    Pil bahaya ..jangan ambil...

    DADAH

    DADAH
    JANGAN NAK CUBA.......

    STIMULAN

    STIMULAN
    INI ...LAGI BAHAYA

    SAJAK-DADAH DURJANA

    Sajak : Dadah Durjana

    Dadah
    Tika dulu kau bagai penawar
    Mengukir sejarah di bidang perubatan
    Penyelamat nyawa tika kesakitan

    Namun kini
    Martabatmu begitu hina
    Hadirmu bak najis semata
    Kau hanyalah pemusnah
    Generasi dunia

    Dadah
    Kau umpama racun yang mengalir
    Dalam pembuluh darah
    Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
    Perit..
    Pedih..

    Dadah
    Kau durjana
    Hadirmu membawa derita
    Khayalan sementara cuma
    Imaginasi dusta di bumi nyata
    Membawa kesedihan
    Mengundang derita sengsara
    Dan mengusung
    Kematian..

    Nurkilan bersama..Md. Rz & Adik-Beradik..07.


    DADAH MUSUH NEGARA

    Dadah,
    Kau datang mengaku kawan

    Konon membantu meringan beban

    Tetapi, wahai teman

    Kau sebenarnya musuh

    Musuh nombor 1 negara

    kau buat mereka alpa
    kau buat anak bangsa rebah

    kau musuh negara !
    Tatkala negara membangun
    kau meratah belia negara
    punah, musnah, lemah

    kerana kau... dadah durjana
    Ectacy, Heroin , Ganja
    Pelbagai nama dan rupa
    namun aku bersumpah

    kau akan musnah
    Teman,
    Marilah kita bangkit bersama
    Perangi Dadah Musuh Negara

    Nukilan,

    INTAN NUR ATHIRAH DAUD @ MAZINUYA



    SAJAK

    Sajak Terpanah Dadah Durjana

    Jahil menangkap minda
    memerangkap pembentuk penjara maruah menterjemah sebuah watak derita
    menghancurkan hidup ceria
    meranapkan impian dijulang
    lantaran dadah bermahkota durjana.

    Usahlah dipandang lagi
    kebodohan yang bermaharajalela
    angkara dadah pembunuh
    melumat segala suka
    menjelmakan kepayahan
    yang dicari sendiri
    bahana kekhilafan yang mencengkam diri.

    Kini, lancarkan sebuah perang
    di medan globalisasi
    mencairkan segala sengsara
    bersenjatakan ilmu yang dijana
    berhunuskan pedang pengetahuan
    agar lumat segala dadah penoda
    yang selama ini
    mencorak mewarnai diri remaja
    melakari jiwa belia watan.

    Bersatulah mencanai minda
    membentuk madani benci dadah
    dengan memanah segala bahaya
    menghala tepat ke busar si durjana
    dan lakarkan sebuah kemenangan hakiki
    menjulang bendera kemurniaan diri.

    Cantaskanlah segala ranting nikotin
    keratkanlah segala dahan heroin
    cabutkanlah jalaran akar syabu
    lalu menggugurkan dedaun ganja
    agar tumbuh pohon generasi yang sihat
    daripada baja dadah yang meracunkan.

    IMRAMLEE AMIR HUSSIN
    Fakulti Bahasa – Upsi

    KONSEP 1 MALAYSIA

    Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

    1. Budaya kecemerlangan
    2. Ketabahan
    3. Rendah hati
    4. Penerimaan
    5. Kesetiaan
    6. Meritokrasi
    7. Pendidikan
    8. Integriti

  • PPDa SMKSJ

    My photo
    Seremban Jaya, Negeri Sembilan, Malaysia

    Followers

    PENGENALAN PPDa

    Visi

    Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

    Misi

    Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

    Matlamat

    Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”

    Fungsi :-

    Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

    Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencubarokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.

    Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.

    Pengurusan Hubungan Luar

    AKIBAT DADAH

    AKIBAT DADAH
    Masa depan gelap.......mahu..???

    BENCANA MENGHISAP ROKOK

    KEBANYAKAN pelajar sekolah mula menagih dadah selepas terjebak dengan tabiat menghisap rokok


    Apa la nak jadi dengan anak bangsa kita? Belajar tak tara mana...dah melibatkan diri dengan najis dadah. Macam ni ka bakal pemimpin kita yang akan datang? Eeee...menakutkan bila di fikir-fikir.

    Sapa yang kita nak persalahkan disini? Parents? Guru? Senagai seorang ibu dan juga seorang guru, I strongly believe that this is the parents' absolute responsible. Anak kita, tentunya kita yang lahirkan dan besarkan..kita sudah semestinya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. So..jangan harapkan orang lain untuk mendidik, menanam sifat-sifat dan nilai-nilai yang murni kedalam anak2 kita. Perumpamaannya..macam kita tanam pokok, tak kan kita nak suruh jiran pulak yang siram dan bajakan pokok kita. Sendiri tanam..sendiri mau ingat. nak BELA anak memang senang...macam BELA haiwan ternakan jugak lah...siapkan tempat tinggal dan bagi makan hari-hari. Tapi dengan anak-anak kita, bukan cukup dengan hanya lahirkan dan BELA mereka hingga besar..tetapi kita sebagai parents perlu DIDIK supaya anak-anak ada pedoman dan nilai-nilai murni yang kita terapkan dari awal.

    Ada juga yang sering menyalahkan pihak sekolah/guru. Memang tak patut!! Kita mula hantar anak kita ke sekolah waktu umur mereka 6 atau 7 tahun bukanya sejak lahir. Foundation atau asas yang kita beri pada anak-anak kita dalam tempoh 0 - 7 tahun tu...ada ka?...cukup ka? Tugas guru hanya memberi penekanan yang lebih kepada para pelajar. Sekiranya parents hanya pandai melahirkan zuriat tetapi nak mengharapkan guru untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik.....memang akan terhasil lah umat-umat seperti dalam gambar itu!! Nauzulillah...jauhkan dari keturunan ku...

    Yang best lagi tu, ada parents yang merokok, tapi melarang anak-anak merokok!! Ini definitely bukan KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN lansung!! Buat anak-anak ketawa kan kita lagi ada...dalam hati nanti mereka berkata "Dia merokok..tak bagi kita merokok kunun..PIRRRAH!!"
    Kalau ini lah yang terjadi...memang tersepuk atas hidung sendiri la.

    So, from the news today, 60% pelajar sekolah di Kelantan positif dadah. Mak ai..ramai tuuu!!
    Mana kita nak dapat pemimpin yang berwibawa dan yang mempunyai nilai-nilai murni serta ciri-ciri KEISLAMAN yang sejati?

    Renong-renongkan lah...adakah selama ini kita membela anak-anak kita atau kita mendidik anak-anak kita? Wallualam...

    HIDU GAM

    HIDU GAM
    Jangan ikut sikap ini...merana sepanjang hayat

    SAJAK

    PETIKAN PUISI DARI FILEM PENCEGAHAN DADAH AADK

    Tajuk: Misi Generasi
    Ditulis: Zaen Kasturi
    Pendeklamasi: Tengku Khalida Tengku Bidin

    Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
    Dan lembah bernanah ini dituruni?,
    Sedang denai hayat di hadapan,
    Sayup Memandang,
    Sedang sinar iman di belakang,
    Setia Menyuluh Jalan,
    Denai diterokai,
    Dari kasih sayang ayah bonda,
    Sinar yang terpercik,
    Dari jiwa dan harapan bangsa,
    Dan Tuhan tidak pernah berkata,
    Bahawa nafsu lebih mulia,
    Daripada akal manusia,
    Sekali diredahi lorong berjelaga,
    Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
    Sekali dituruni lembah bernanah,
    Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
    Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
    Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
    Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
    Seluruh hayat terapung,
    Di sungai zaman,

    Ini seteru zaman baru harus ditentang,
    Dengan semangat padu,
    Tak kira apa nama kamu,
    Mereka, dia dan aku,
    Kerana anak-anak kita,
    Diintip setiap waktu,
    Sekali leka,
    Seribu kali menyesal,
    Tidak mudah berlaku,

    Mari kita gempur lorong berjelaga,
    Agar ruyup luka di wajah berhemah,
    Mari kita lafaz ikrar,
    Menjadi sumpah berakar,
    Mari kita genggam,
    Tekad membangun generasi berdaulat,

    Ini misi generasi masa kini,
    Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
    Di kamar nusa,
    Tidak ingin menjadi album kosong,
    Di lantai sejarah,
    Gempur!!...,
    Gempur lorong berjelaga,
    Gempur!!...,
    Gempur lembah bernanah....